REVIU: MALAIUR MANIKAM; ESEI-ESEI UTHAYA SANKAR SB.

   

    

    Aku mulai kenal beliau pada tahun lepas. April. Kalau tidak silap. Beliau ditahan kerana siaran lewat Facebook yang mengandungi hadis sahih Bukhari. Amat lucu sebenarnya melihat gelagat dan ragam orang yang tidak suka dengan opini beliau waktu itu.

    Uthaya Sankar SB (Pak Uthaya Sankar) adalah seorang penulis trilingual Malaysia. Antara buah tangan beliau untuk kita antaranya Orang Dimensi (DBP: 1994), Siru Kambam (DBP: 1996 & 1997), Yang Aneh-aneh (Sasbadi: 1997), Surat dari Madras (DBP: 1999), Nayagi (JPMUM: 2000), Sasterawan Pulau Cinta (USSB: 2001), Rudra Avatara (USSB: 2008) dan Kathakali (USSB: 2009). Pada tahun 2015, Pah Uthaya Sankar SB telah menerbitkan kompilasi esei dan artikel yang hampir diharamkan Kerajaan Malaysia.



    Aku berpeluang membaca karang-karang Pak Uthaya Sankar SB ini setelah beberapa tahun penerbitannya. Ini adalah buku pertama beliau yang aku tekuni. Ianya suatu pengalaman yang mengkagumkan! 

    Aku disuapkan dengan esei-esei tentang agama Hindu. Seusai membaca naskah ini, barulah aku mengerti tentang status lembu dalam ajaran Hindu, bilangan Tuhan buat penganut kepercayaan paling tua di dunia ini yang kadang kita selalu salah sangka,  dan yang paling memikat sekali adalah perkongsian Pak Uthaya Sangkar tentang kedudukan transjantina dalam agama Hindu. 

    Waktu membaca naskah ini, aku baru sahaja dalam fasa peralihan daripada menjadi orang yang tertutup kepada orang yang lebih mengamalkan dasar terbuka. Pertemuan dengan Malaiur Manikam bikin aku jadi seorang yang lebih kuat mendakap-sayang dengan kepelbagaian yang wujud dalam negara kini.

    Yang lebih menggoda aku dalam naskah ini adalah perihal karang-karang Pak Uthaya Sankar tentang Melayu. Juga tak terlupakan ulasan beliau terhadap buku AB Sulaiman yang buat aku tertarik untuk mendapatkannya. Kenakalan beliau bertanyakan perihal Melayu buat aku rasa lucu dan pada masa sama turut terfikirkan juga tentang makna 'Melayu' itu sendiri. Saya kongsikan dua petikan yang Pak Uthaya Sankar karangkan di bawah:

"...Oh, orang India boleh dianggap Melayu!..." dan "...Maknanya, kini 70 orang Melayu (termasuk 20 orang yang "masuk Melayu") terpaksa berebut untuk mendapatkan 50 kek..."

    Malaiur Manikam sedikit sebanyak antara penyumbang kepada Amier Suhaimi yang semua nampak kini (era Nakal-Nakal). Melalui buku ini aku berminat untuk gigih mencari tentang takrif 'Melayu', membaca buku-buku yang menjadi sumber rujukan beliau, antaranya, buku tulisan AB Sulaiman dan Sulalatus Salatin (Geneologi Raja-raja)

    Sebuah buku digarap dengan Bahasa Malaysia yang kemas dan penuh manfaat. Kontroversi buat mereka yang rasa terpaling ditindas. Ia naskah yang harus dimiliki buat mereka yang berminat untuk ketahui tentang ajaran Hindu dan perihal 'Melayu' dari sudut pandang seorang yang bukan kaum Melayu.

*Tulisan ini dikemaskini pada 21 Julai 2024.

Ulasan

Catatan Popular