HADI AWANG: BAPA PEMECAH BELAH PERPADUAN.
Catatan ini adalah berdasarkan pembacaan aku dalam buku PAS & ISU- ISU AGAMA dan AMANAT HAJI AWANG serta beberapa perkongsian lewat media sosial, paling banyak di Facebook.
1. Menurut buku PAS & ISU-ISU AGAMA karangan Dr Hamdan Muhammad, dalam temubual beliau dengan Abdul Hadi Awang pada 8 Oktober 2004, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) itu (kononnya) menolak amalan kafir mengkafir sesama Islam dan perbuatan tersebut tidak menjadi polisi parti tersebut. (halaman 223)
2. Abdul Hadi Awang juga menyatakan dalam AMANAT HAJI HADI pada halaman 26 yang bahawasanya: menuduh kafir kepada seseorang adalah JENAYAH BERAT yang tidak boleh dibiarkan. (halaman 224)
3. Kendati demikian, masih ingatkah kita tentang ucapan dia pada 7 April 1981 di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu dan disebar luas oleh PAS sendiri yang dikenal sebagai AMANAT HADI AWANG ? Walaupun dia tidak sebut pun pihak mana yang dia kafirkan itu, tapi saya percaya kita semua tidaklah terlalu dungu untuk nampak maksud tersurat dan tersirat dibalik ucapan dia. (Nota: Amanat dia pernah difatwa HARAM tahun 2002)
4. Berikutan ucapan dan amanat dia yang disebar luas itu, telah timbul kelahi antara orang PAS dan PEKEMBAR/UMNO (Nota: Ismail Sabri yang konon mahu martabatkan Bahasa Melayu/ Malaysia itu patut ubah nama partinya). Semua orang dewasa dan sudah tua tahu akan perkara ini. Anak kafirkan anak dan orang PAS tidak mahu solat berimamkan imam lantikan orang PEKEMBAR/UMNO dan lahirlah fenomena solat dua imam. Berdasar ucap Puan Zainah Anwar dalam forum/ persidangan Sisters In Islam (SIS) [Era Sanggul Ke Era Hijab]: ...solat waktu, di surau sama. Jemaah dan Imam PAS akan tunggu Jemaah dan Imam PEKEMBAR/UMNO selesai solat dan barulah mereka kemudiannya solat. Amanat Bapa Pemeceh Belah Perpaduan itu juga mengakibatkan berlakunya pengebumian berasingan, yang mana orang PAS tak mahu dikuburkan sama kawasan dengan orang PEKEMBAR/UMNO. Mereka juga menolak sembelihan orang PEKEMBAR/UMNO. Memperbaharui akad nikah. Paling fatal, amananya membawa mudarat sehinggalah jadinya peristiwa hitam di Memali. Selepas Mat Kilau, apa kata dibuat filem tentang peristiwa ini. Adakah Melayu akan berpusu-pusu masuk sinema hingga pecah panggung dan untung berjuta-juta ringgit?
5. Dia (Hadi Awang) sepatutnya boleh saja mengawal keadaan dengan buat satu ceramah -- dengar kata ceramah dia waktu dulu di Masjid Rusila yang letaknya di Terengganu itu akan dihadiri RAMAI orang termasuk dari negeri luar Terengganu -- dan panggil semua orang (Penyokong PAS terutama sekali) untuk beritahu pengikut dia akan semua benda yang dia maklum tentang amalan takfiri dalam buku Dr Hamdan Muhammad. Oh, dia juga boleh maklum dalam surat khabar. Tapi dia memilih untuk mengatakan yang dia tetap dengan pendirian.
6. Amalan takfiri dipersalahkan pula kepada ahli-ahli PAS itu sendiri dan bukannya kepada dirinya. (hlm 156).
7. Dia sendiri yang beritahu penulis sewaktu temubual pada tanggal 8 Oktober 2004 yang bahawasanya ahli-ahli PAS dididik memahami tanggungjawab sebagai pendakwah, bukannya penghukum. Ahli-ahli tidak dididik mengkafirkan sesiapa pun. (halaman 226).
8. Ironinya, telah diakui banyak pihak yang bahawasanya Hadi (Amanat Hadi Awang) adalah punca berleluasa perpecahan masyarakat dan amalan takfiri. Antara Dr Mujahid Yusuf. Dalam buku beliau, MENUJU PAS BARU, ada dia menyebut di halaman 115: "Akibatnya berlakulah isu kafir-mengkafir di mana tanggapan bahawa menyokong UMNO adalah sesuatu yang bertentangan dengan sikap Islam dan dengan sebab itu boleh jatuh kufur kerana UMNO parti sekular yang menolak Islam... penghujahan atas garis-garis fikah yang premisnya adalah batas-batas kekufuran telah membawa agenda politik menjadi terlalu pekat dengan adunan 'fatwa' sehingga PAS diheret dalam kancah ini, malah 'Amanat Haji Hadi' telah dijadikan alasan kepada berlakunya semua kemelut ini" . Sewaktu buku MENUJU PAS BARU ditulis, dia masih ahli PAS.
9. Sebahagian warga Twitterjaya menggelar Hadi Awang sebagai Bapa Pemecah Perpaduan. Dan aku setuju dengan gelaran yang diberi setelah melihat sendiri beliau membuat kenyataan berbaur perkauman berkaitan rasuah padahal terang-terang dalam kajian mengatakan data dalam kajian adalah bersifat BIAS.
10. Aku beropini, sebagai sebuah negara berbilang kaum, parti berasakan perjuangan satu kelompok kaum atau agama sudah tidak relevan lagi. Parti yang bawa fahaman ekstremis, perkauman dan menakut-nakutkan masyarakat dengan peristiwa, semisal 13 Mei, dan apa-apa bentuk lain juga semisal undi selain partinya akan masuk neraka, tak masuk syurga seperti yang pernah berlaku di Sik, Kedah tahun 2022, wajar ditolak.


Ulasan
Catat Ulasan