SHIT cerpen Amier Suhaimi

Novel satira arwah SN Shahnon Ahmad. Sumber inspirasi.



     Akhirnya beberapa ketul tahi telah keluar dari Lubang Keramat. Ketul-ketul tahi yang benci dengan dasar yang diguna dalam Lubang Keramat memilih untuk duduk menetap dalam Lubang Jamban pula. Dasar yang diguna di Lubang Jamban sana memang cocok benar dengan cara hidup yang dimahukan ketul-ketul tahi yang sebelum ini tinggal di dalam Lubang Keramat itu. 

Sebelum ini, ketul-ketul tahi yang baru keluar itu pernah disuruh beberapa warga Lubang Keramat nyah saja dari Lubang Keramat. Pergilah ke Lubang Jamban, tempat yang mengamalkan 'Dasar yang lebih baik' itu, tapi enggan pula mereka melakukannya -- iaitu berpindah ke Lubang Jamban itu. Ketul-ketul tahi sedar yang walaupun Lubang Keramat mengamalkan 'Dasar yang tidak baik' dan 'mengundang bencana' tapi atas dasar itulah mereka senang cari makan dan juga bersenang-senang -- walaupun terpaksa menyorok-nyorok perbuatan bersenang-senang mereka itu kerana mereka gemar melarang sekeras-kerasnya tahi lain melakukannya. 

    Ah, perlakuan bersenang-senang ketul-ketul tahi itu tidaklah berkekalan. Lama-lama terbongkar juga. ketul-ketuk tahi busuk, yang mahu hijrah ke Lubang Jamban itu, kantoi paling banyak melakukan pengubahan wang haram, merogol, amang seksual, menipu, aniaya tahi-tahi lain, pertahan ketua-ketua tahi yang korup dan menyemai benci sesama tahi lain yang berbeza fahaman. Ketul-ketul tahi duduklah menetap dalam Lubang Jamban. Satu demi satu turun meluncur ke dalam. Ke sebuah tempat dengan 'Dasar lebih baik'. Itu lebih sesuai untuk tahi-tahi busuk begitu yang dalam menegah orang lain melakukan itu dan ini, mereka juga melakukan perkara sama malahan lebih teruk lagi dari tahi-tahi lain yang diceramah mereka. 

    Hiduplah mereka, tahi-tahi yang busuk itu, dalam Lubang Jamban. Beberapa lama kemudiannya, 'Dasar yang lebih baik' itu disedari mereka hanya pada nama saja. Sebenarnya sudah mereka tahu akan hal itu tapi harus disembunyikan kemas-kemas dan biarlah tidak pecah di mulut mereka. Kalau tahi-tahi yang mereka minta upah beribu-ribu (malahan ada tahi busuk yang terima puluhan ribu!) untuk menyampai ceramah itu tahu apa yang tersimpan kemas dalam seketul hati mereka itu... alamatnya nahaslah mereka!

"Ishhhh.... tak boleh jadi! Makin lama dekat sini makin gila kita semua nanti. Marilah berambus saja dari sini." Seketul tahi memberi usul. Beberapa ketul-ketul tahi busuk menyokong usul itu. Ada pula beberapa ketul-ketul tahi lain memikirkan hal lain. "Mahu lari kemana lagi?" Salah seketul tahi dari berketul-ketul tahi busuk dari Lubang Jamban itu bertanyakan. Ramai juga terpinga-pinga memikir hendak lari ke mana. Mereka memang benar-benar tidak gemar tinggal dalam Lubang Jamban yang amalkan 'Dasar yang lebih baik' yang cuma indah di nama saja itu. Terseksa mereka. Tidak bebas seperti di Lubang Keramat yang kini jauh lebih bebas tanpa kehadiran mereka, ketul-ketul tahi busuk. 

"Ketul-ketul tahi yang asal dari Lubang Jamban ini pernah guna pelbagai cara untuk keluar dari tempat ini..." Seketul tahi yang dalam kerumunan tahi-tahi busuk yang sedang dalam kegusaran bersuara. 

"Ya... Ada yang panjat keluar dari Lubang Jamban ini. Tapi banyak yang mati katak saja." Tahi lain menambah pula.

    Riuh keadaan jadinya selepas itu. Ketul-ketul tahi busuk itu dari gusar menjadi bertambah gusar pula kerana puak asal Lubang Jamban akan mencari dan menawan mereka pula. Nahaslah kalau diketahui puak asal Lubang Jamban tentang hasrat mereka lari dari situ. 

Tidak lama selepas itu, keriuhan berkurangan. Ada seketul tahi menyuarakan cadangannya, "Kawan-kawan, kita tidak boleh panjat keluar dari Lubang Jamban ni. Apatah lagi mahu pergi ke Lubang Keramat. Ia merbahaya juga dan kalau selamat sekalipun... kita juga nanti yang bakalan dapat malu ditertawakan tahi-tahi di Lubang Keramat sana. Cadangan aku: kita berlarilah ke Lubang Kumbahan."

    Semua ketul-ketul tahi yang mendengar dilihat tekun dan ada yang bersinar-sinar dan membulat matanya mendengar kata seketul tahi yang memberi cadangan tadi. Seketul tahi yang menyampai cadangnya itu menyambung lagi katanya, "Jaraknya dari Lubang Jamban ini tidaklah dekat, dan tidaklah terlalu jauh juga... Aku yakin kita boleh sampai ke sana dan berniaga air liur dengan aman semula di sana nanti. Kita harus cepat. Kita tak mahu tertangkap Puak Asal Lubang Jamban!"

    Usai ucapan itu, maka bergerak majulah ketul-ketul tahi busuk itu melalui jalan Lubang Saliran yang menghalakan mereka semua terus ke Lubang Kumbahan. Menjuallah mereka kemudiannya air liur mereka itu di kawasan yang punya 'Dasar yang sangat kurang baik' yang selalu dikutuk-kutuk mereka sewaktu berceramah, menjual liur mereka di Lubang Keramat dulu. 

Tamat

Ulasan

Catatan Popular