LAKNAT - Amier Suhaimi
Sedang saya lihat bintang bersepah,
Telinga menangkap suara yang tumpah,
Mulanya ingat dari sesumpah,
Rupa-rupanya dari mulut sesampah,
Lelaki tinggi dan wanita gemuk berlagak asatizah,
Bersaksi malam, mereka enak meratah,
Sedari batang tubuh ini yang tengah dilapah,
Namun diri tak kuasa dan tak nak melatah,
Dengan tingkah mereka yang kuat menyampah,
Kalau saya tak 'insaf' saya akan parah?
Dan mereka pun berevolusi menjadi Nabi,
Melaknat di sana juga di sini,
Sungguh hebat, yakin dan berani,
Dapat buat kerja Ilahi,
Digelarku sesat bertubi-tubi,
Buatku geram, panggil mereka babi,
Otak lembab macam labi labi,
Dek hitam putih hidup macam filem Labu dan Labi.
Nota Pengarang:
Saya masih tak pasti mahu gelarkan ia sebagai apa. Laknat yang ditulis mungkin ada kaitan dengan sesiapa. Ini luahan perasaan dan saya tak peduli kalau ada yang terkesan. Akhir kata, berbeza itu fitrah jadi berbaik-baiklah sesama manusia.
Komen Tukang Puisi: Tak perlu samakan semua hujung baris. Bunyi terlalu dipaksa.



Ulasan
Catat Ulasan