HARAM - Cerpen Amier Suhaimi



"Music is the language of the spirit. It opens the secret of life bringing peace, abolishing strife."
 - Kahlil Gibran
֍──────────֍

"Ini mungkin kicauan terakhir saya di Twitter." Aku taip ayat itu sebelum letak ayat 'Ini adalah bebenang'.

Pada mulanya, aku tak pasti sama ada aku patut lakukan ini atau tidak. Nanti akan ada yang tak percaya bila membaca apa yang bakal aku siarkan nanti. Mereka dari negara luar yang bakal membaca siaran ini pasti akan gelar aku dengan macam-macam gelaran. Kafir, sekular dan mungkin juga mengherdik aku dengan berkomentar, "Nak bebas lah tu. Terpedaya dengan orang kafir. Bodoh. Sebab tu banyak perempuan masuk neraka. Padahal, ajaran dari agama suci inilah yang terbaik. Inilah antara bahan bakar neraka." sambil mulut terkemut-kemut hembus asap nikotin. Seperkara lagi, aku juga mungkin dibunuh. Tapi, persetankan saja semua itu. Lebih baik mati daripada berterusan hidup di tanah ini. 

Aku kembali menatap skrin telefon pintarku dan kemudian sisipkan satu pautan artikel, ditulis media-media negara kafir,  dan teruskan menulis.

"Saya cuma ingin mengatakan yang ianya berita benar. Negara kami sudah tidak seperti dulu, terima kasih kepada pemerintah. Seperti yang semua tahu,  beberapa tahun lepas, pihak governan telah beri laluan kepada pihak IEC yang asalnya dari negara nun jauh di sana untuk mentadbir negara. Semua yang kami lakukan sebelum ini adalah HARAM sekarang. Termasuklah muzik!"

Dikutip dari tabloid media 'penyembah syaitan' (fanatik IEC yang menggelarkannya), juru cakap IEC mengatakan muzik dilarang untuk dimainkan di tanah ini. Alasannya, muzik adalah sesuatu yang dilarang dalam agama yang dianuti majoriti bani negara ini.

Dalam video temu bual disiarkan media penyembah syaitan itu juga memaparkan kata-kata dari juru cakap IEC, "Muzik diharamkan di tanah ini dan kami akan memujuk rakyat di sini untuk tidak memainkannya lagi."

Sudah lama aku hidup dalam pentadbiran baru ni dan tak pernah pula aku lihat mereka 'memujuk'. Selepas kematian ketua kumpulan pemuzik Raggea terkenal itu, orang ramai sudah tak berani nak bunyikan walau nada dering telefon bimbit sekali pun. Takut kena tembak di kepala! 

Aku terus berkicau dalam Twitter. 

"Ironiknya, mereka melaungkan seruan untuk beribadat dengan menggunakan melodi dan saya mendengarnya setiap masa! Dan ianya kedengaran seakan muzik bagi saya. It has a melody line and I can even hum it.

These guys are just plain empty up there. Muzik adalah satu langkah di bawah meditasi. Dia yang merasakan muzik akan dapat merasakan Tuhannya. Muzik begitu universal sehingga melampaui segalanya:  bangsa, agama, bahasa, dll. Jadi, he or she who doesn't understand music is one step below humanity."

Posted! 

Tak lama selepas itu, pintu rumah aku pun diketuk kuat. Buat pertama kalinya aku tak membetulkan kain maha labuh, yang membaluti tubuh, ni. 

Aku kata pada diri, "Dari Tuhan aku datang, kepada Tuhan juga aku pergi."

Ulasan

Catatan Popular