Watak Kegemaran Aku Dalam Anime TOKYO GHOUL!

   Teringat pula dulu pertama kali tonton anime Tokyo Ghoul. Waktu tu dalam bas yang dalam perjalanan nak bergerak ke Kuala Lumpur. Lebih tepat, Menara KLCC. 

Aku tak beberapa ingat macam mana kawan aku, Hairul, boleh terdetik nak buka tab dia dan ajak aku layan Tokyo Ghoul waktu tu. Yang jelas kami berdua terkekeh-kekeh ketawa dalam bas sebab Ken Kaneki ter-usya buah dada Rize dalam cafe. Haha!

Lepas je selesai tengok satu episod Tokyo Ghoul tu, minat aku pada anime tiba-tiba naik. Tapi naiknya minat tu tak macam kawan aku lah. Dia otaku. Kalau aku layan anime pun akan layan yang aku rasa kena dengan citarasa aku. Sekarang pun aku masih layan anime dan aku kadang-kadang akan tanya kawan aku (bukan Hairul, aku tak tahu apa dah jadi pada dia sekarang) rekomendasi anime yang best untuk aku layan. 

Jadi, sepanjang kehidupan aku yang aku habiskan sikit untuk tonton anime,  kebiasaannya akan timbul rasa minat atau suka pada satu-dua watak dalam anime tu tak kisahlah watak protagonis ataupun antagonis. Minat sahaja ya, bukan simp! Itu cerita lain. Haha. 

Minat tu muncul mungkin sebab sifat atau mungkin falsafah yang cuba dibawa atau kelebihan watak tersebut. Contohnya, kalau dalam Naruto Shipudden aku gemar watak Sasori sebab kehebatan dia dalam jutsu kawal boneka dia (Kankuro boleh guna tiga, Nenek Chiyo boleh guna 10 patung tapi Sasori boleh kawal 100!) dan juga Ino Yamanaka yang dah jadi macam 'Menara Telekomunikasi' dalam perang seterusnya jadi ketua puak Yamanaka lepas perang tamat. Eh, macam dah nak tersasar pula! Lupakan Naruto sekejap dan kembali kepada Tokyo Ghoul. 

Jadi, siapa watak kegemaran aku dalam Tokyo Ghoul?

    Kebanyakkan orang mungkin akan menebak, 'Ken Kaneki' atau 'Juuzou Suzuya'. Watak mereka cool dan antara yang banyak dapat undian dan selalu disebut-sebut peminat. Korang boleh check sendiri kalau tak percaya (Klik sini). Walaupun kedua watak yang dinyatakan tu banyak muncul dalam Anime, tapi aku sebenarnya lebih gemar watak CHIE HORI.  Pertama kali watak Chie Hori ini muncul adalah dalam Tokyo Ghoul: Re episod pertama, dan juga di OVA, Tokyo Ghoul: Pinto.


(Watak Chie Hori dalam manga)

Apa sebab aku minat dia? Dia muncul dalam anime pun tak lama sangat, kan?

    Pertama, aku suka watak Chie Hori ni adalah sebab dia seorang manusia biasa. Dia bukan ghoul tapi atas sebab kemampuan dia sendiri, dia dah jadi sasaran CCG dan berjaya terlepas daripada kena tangkap oleh mereka. Faktor ketinggian mungkin juga boleh diambil kira sebab katanya dia akan disalah anggap sebagai budak walaupun dah belasan tahun. Sama macam aku. Jadi, agak susah untuk dia kena tahan dan dikesan. 

"Hei, Tsukiyama... Kau boleh betul-betul mati hanya semata-mata sebab beberapa 'bahan'?"      

 - Chie Hori.

    Alasan kedua pula adalah sebab personaliti Chie Hori sendiri yang agak unik. Esentrik. Sedikit pelik berbanding manusia atau ghoul yang hidup normal, dia suka ambil gambar. Bukan, dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan gambar-gambar yang kadang-kadang akan menyebabkan dia berada dekat dengan pintu kematian untuk dapatkannya. Contohnya, dalam Tokyo Ghoul: Pinto, dia tak takut langsung untuk shoot gambar Shu Tsukiyama yang tengah syok nak melahap mangsa dia di malam hari. 

Dinaratifkan sebagai orang yang sangat unpredictable antara sebab aku suka dia juga. Dia boleh hack maklumat kat CCG dan dengan sebab tu dia menjadi sasaran CCG selain selalu berada di tempat yang berlaku kejadian yang melibatkan Ghoul. Ini bermaksud yang dia juga bukan biasa-biasa lah, kan?  

(Tokyo Ghoul: Pinto)

    Last but not least, sebab aku minat watak Chie Hori ini adalah sebab dia adalah seorang yang reliable dan kawan yang baik. Lepas peristiwa yang berlaku dalam Tokyo Ghoul: Pinto, dia jadi kawan kepada Shu Tsukiyama. Chie Hori rasakan yang Shu Tsukiyama adalah seorang yang sangat 'menarik' untuk diteliti yang akhirnya dia jadikan sebagai 'model fotografi'. Dia juga ada waktu Shu Tsukiyama tengah depress - sebab terlampau sangap nak jumpa Kaneki - dan bantu dia semula dengan harapan yang Shu Tsukiyama akan kembali 'menarik' macam dulu. Walaupun ianya bermakna yang dia terpaksa jadi buruan CCG dan gadai nyawa sendiri semata-mata untuk dapatkan maklumat penting.

    Fuh, aku rasa entri kali ni bukan main panjang lagi. Haha! Itu sahaja kot yang aku nak kongsikan waktu sekarang ni. Kalau korang yang baca entri kali ni minat juga Tokyo Ghoul, bolehlah kongsikan watak kegemaran korang di ruangan komen. Sekian!






Ulasan

Catatan Popular