Ulasan novel TSUKURU TAZAKI TANPA WARNA DAN TAHUN-TAHUN KEMBARA oleh HARUKI MURAKAMI

    Hai. Review novel kali ini menampilkan sebuah novel terjemahan yang asalnya daripada negara matahari terbit. TSUKURU TAZAKI TANPA WARNA DAN TAHUN-TAHUN KEMBARA adalah novel yang ditulis Haruki Murakami. Saya rasa sangat-sangat gembira kerana berjaya memiliki naskah ini kerana bagi saya bukan senang untuk dapatkan novel yang diterjemahkan kepada mother tongue diri sendiri dan juga datangnya dari penulis yang hebat. Sebenarnya naskah ini dah diperoleh lama tapi untuk menghabiskannya mengambil masa yang agak lama. Ia buat saya rasa tak senang untuk habiskannya atas beberapa faktor lalu meninggalkannya selama beberapa bulan dan kemudiannya menyambung pembacaan sehingalah tamat pada 25 ogos 2021.


    TSUKURU TAZAKI TANPA WARNA DAN TAHUN-TAHUN KEMBARA berkisah tentang seorang pemuda bernama Tsukuru yang keseorangan walaupun dalam keramaian. Dia sangat minat dengan stesen kereta api sehingga dijadikannya sebagai terapi yang menenangkan jiwa dan akhirnya berjaya menjadi seorang jurutera stesen kereta api. Pernah punya empat sahabat 'berwarna-warni' yang amat dia sayang sekali tapi secara tiba-tiba dia dikeluarkan dari kumpulan itu tanpa diberi sebab dan alasan sehinggakan dia gigih untuk menyelesaikan konflik antara mereka. 

Jadi, adakah naskah dari Murakami sensei ini berbaloi untuk dibaca? Kalau saya, saya akan mengatakan ya kepada mereka yang berminat, matang dan boleh sabar dengan betapa panjangnya kisah yang disampakan lebih-lebih lagi di bahagian permulaan novel ini.

 Secara keseluruhannya, penyampaian cerita yang disampaikan Murakami sensei amatlah mempesonakan. Ia mampu buat aku mengembara bersama-sama Tsukuru dalam menjalani kehidupannya. Kisah dan konsep jalan cerita yang disampaikan juga adalah sangat mudah dan indah, tak susah difahami. Adengan-adengan  yang sensual (yang berlaku sama ada di realiti atau mimpi) juga dinyatakan dengan begitu baik dan nyata (Saya tak syorkan buku ini pada kanak-kanak dan mereka yang tak matang). Sememangnya pasti kerana datangnya dari seorang penulis yang hebat. 

    Di dua bab terakhir novel ini, aku rasa kesian pula lihat Tsukuru yang tertekan dan resah hatinya. Mahu diselak ke muka surat seterusnya berasa sayang tapi dibaca juga sehingga tamat. Penamatanya tak setanding dengan konflik yang berlaku sepanjang melayan Murakami sensei bercerita. Penulis bijak sepertinya tak menyatakan penamat cerita secara jelas. Ianya diserahkan pada pembacanya sepenuhnya. Ada perasaan yang tak terungkap tapi sekurang-kurangnya aku menutup buku itu dengan punya andaian tersendiri tentang perkara yang menjadi tanda tanya dalam novel ini. 

"Dalam proses kehidupan, kita akan jumpa diri kita yang sebenar, sedikit demi sedikit. Dan semakin banyak kita jumpa, semakin kita kehilangan diri kita sendiri." - Haruki Murakami (TSUKURU TAZAKI TANPA WARNA DAN TAHUN-TAHUN KEMBARA, 2015)

Sekian.

Rate: 4.9/5.0 (0.1 ditolak kerana Murakami sensei tak beritahu apa jadi pada Haida dan hubungan Tsukuru dan Sara)

Ulasan

Catatan Popular