Jom PONTENG! Review novel PONTENG karya Mim Jamil.

    Hai, semua. Entri kali ini adalah perihal review buku...again. Kali ini, terdetik pula dalam hati untuk cuba naskah-naskah yang ringan dan akhirnya memilih PONTENG untuk dibaca. Rasa-rasanya ini adalah review novel ringan aku yang pertama, kan?

Buku tulisan Mim Jamil dibeli dan habis dibaca pada tahun yang sama (2021). Teringin pula untuk ucapkan tahniah untuk diri sendiri yang berjaya habiskan pembacaan dalam masa yang singkat. Seperti biasa, aku tak akan meletakkan review buku secara tak sengaja. Jadi, apa yang menariknya mengenai PONTENG ini?


"Kebebasan untuk menjadi diri sendiri adalah tujuan utama dalam hidup aku."
 - Mim Jamil, PONTENG. (2017)

    PONTENG punya penceritaan yang agak menghiburkan. Adengan-adengan lucu sesekali berjaya buat aku terkekeh-kekeh ketawa bila membacanya tak kira siang atau malam. Tak dilupakan juga berjaya buat aku tertanya-tanya, 'Apa yang akan jadi lepas ni?' sampai nak berhenti pun susah. Mungkin ini pemangkin yang buat saya cepat untuk habiskan pembacaan selain daripada bilangan muka suratnya yang tak terlalu banyak (247 muka surat). 

Novel ini mengenai watak utamanya bernama Razaq, dipanggil Chief, dan sahabat-sahabatnya iaitu Azman, GM, dan Haji, kehidupan mereka di asrama dan keinginan mereka untuk memberontak/melakukan revolusi. Yang saya suka dalam PONTENG adalah persahabatan mereka yang ditunjukkan dalam cerita ini yang buat saya rasa terharu. Mereka sentiasa bersama setiap detik senang dan susah. Masing-masing ada antara satu sama lain walaupun berbeza latar kehidupan.  Ia buat aku rasa rindu betul dengan dua sahabat aku di sekolah menengah (kami masih keep in touch, tak seperti kawan-kawan lain yang sejantina, satu kelas dan sealiran dalam pembelajaran).

Mim Jamil juga menyelitkan dua watak tenaga pengajar, Cikgu Dust dan Ustaz BABI, yang dinaratifkan sebagai orang yang paling tak berguna sebab salah guna kuasa serta tak dilupakan watak para pengawas sekolah yang menindas pelajar biasa yang sesekali buat aku teringat pada Si Dia yang maksum itu. Inilah punca-punca yang menyebabkan pemberontakkan dan membuatkan aku terfikir sejenak, "Tak semestinya yang rebel ini nakal belaka. Kita hanya perlu lihat melalui perspektif yang berbeza, kan?".

    Kelemahan pada naskah PONTENG ini yang aku perasan adalah cara penulis membuat adengan falshback. Kekadang dibikin keliru kerana ingatkan ianya berlaku pada waktu semasa. Ini cuma anggapan aku sajalah. Yang lain bagi aku sudah okay.

    Secara keseluruhannya aku rasakan yang PONTENG adalah amat menarik dan aku berharap akan ada filem yang diadaptasikan daripada novel ni. Selain itu mahu juga meng-recommend-kan naskah ini kepada pelajar (terutama yang berasrama) untuk dibaca (sebaiknya tamatkan novel-novel komsas dulu). Seterusnya cuba bandingkan cara kehidupan mereka dengan watak dalam naskah ini dan Kemudiannya belajar untuk menghargai erti sebuah persahabatan, erti kebebasan seorang remaja dan erti untuk tidak gerun mencuba perkara baru. Itulah apa yang aku peroleh dalam senaskah novel PONTENG ini. 

Ini sahaja untuk entri kali ini. Sekian. Jumpa lagi.

Rate: 3.90/5.00


Ulasan

Catatan Popular