CERPEN - SENAH


    Atiqah, anak perempuan kepada Mad Hanafi dan Senah, mengenakan baju kurung kuning mustard siap bertudung warna coklat. Gadis berkaca mata yang biasa-biasa itu mahu keluar ke bandar dengan rakan-rakan katanya. Senah tiada masalah. Dia benarkan sahaja kerana tahu dan yakin anaknya itu tahu jaga diri. Bertudung dan berbaju kurung seperti itu sudah pasti orangnya sopan dan taat perintah seperti wanita-wanita tradisional melayu zaman dulu-dulu, kata Senah dalam hati.

Bagaimana pula dengan Mad Hanafi? Ah, lupakan sahaja orang tua itu. Pasti sedang berseronok dengan isteri kedua yang muda. Senah relakan sahaja setelah diberitahu suami yang dia bakal dapat payung emas di syurga. Dia percaya membuta tuli tanpa periksa Quran dan Hadith. Shelly si transnita yang sibuk urus gerai makannya sendiri di kawasan deretan kedai kampung itu pun tahu yang payung emas yang sesetengah kaum Adam suka bicarakan itu tak wujud.

Atiqah bingkas masuk ke keretanya. Hidupkan enjin terlebih dahulu sambil telefon diletakkan ke telinga. Ada panggilan yang masuk, Atiqah nampak girang.

"Anak kau lawa-lawa tu nak ke mana, Senah?" Tipah jiran sebelah menyoal.

"Nak ke bandar katanya, Tipah. Jumpa dengan kawan-kawan dia lah tu." balas Senah sambil hulurkan sepiring biskut kering dan air teh O panas untuk Tipah dan Limah yang bertandang ke rumahnya. Tak lain, tak bukan mesti mahu bergosip. Teh O jadi pembasah tekak, berandar rumah Senah pula jadi tempat meluah segala berita-berita panas yang berlaku dalam kampung. Yang panas-panas sahaja tau. Suam-suam tak mahu.

Bunyi enjin yang jadi pemecah mod untuk bercerita semakin jauh kedengaran. Begitu juga dengan kereta Myvi dipandu Atiqah yang semakin hilang dari pandangan. Senah memalingkan pandangannya ke arah Tipah dan Limah, kemudian senyum, "Kau nak dengar cerita, Limah? Tipah?"

Ayat yang sama setiap kali bertandang ke rumah Senah namun itulah yang suka didengar mereka berdua. Masing-masing pagi itu sudah bersiap sedia dengan kisah dalam kain orang. Mula-mula giliran Senah. Semestinya Limah dan Tipah akan mengangguk dalam keterujaan. Mereka bertiga suka kisah-kisah panas orang, yang tak panas mereka tak gemar. Diteguknya air teh O sebelum bercerita tentang anak-anak orang kampung tempat mereka tinggal. Berita yang entahkan betul, entahkan tidak.

Yang jadi mangsa mereka pagi itu anak perempuan Haji Leman yang katanya baru lepas kena cerai, anak lelaki si Salmah yang katanya hisap dadah dan anak perempuan si Murad yang katanya sedang hangat beromen dengan orang dari kampung sebelah. Pagi itu juga tak lengkap dengan 'hidangan sampingan', kisah si Shelly yang katanya sedang menggatal dengan suami orang yang datang ke gerai makannya.

"Aku tak faham dengan si Shelly tu, dah elok-elok berkonek nak juga jadi pompuan. Tak faham aku." ujar Tipah. Banyak kali si Shelly tu terdengar perbualan mereka bertiga itu tapi dia sudah tak kuasa nak melayan. Dia pun tak suruh orang untuk faham dia. Orang-orang seperti mereka bertiga bukan tahu menahu hal SOGIE yang boleh sahaja dijumpai bila cari di internet. Yang mereka tahu hanya kongsi ayat-ayat positif di Facebook dan status whatsapp dan tak lupa juga nasihat yang diri sendiri tak ikut. Begitu juga dengan lelaki-lelaki yang tak lama lagi bakal dijemput Tuhan. Mereka kalau tak berkomentar lucah, mesti akan pergi ke laman web video porno guna browser dengan logo seakan tupai tu. Entah siapa yang ajar. 

"Kenapa dengan Zulaika Haji Leman tu?" Limah menyoal. Dia tahu akan hal penceraian anak Haji Leman tapi tak tahu puncanya. Senah sengih-sengih sampai nampak gigi kuningnya.

"Perempuan macam tu memang elok kena cerai pun Limah oi... Kau tak tengok ke dia pakai macam mana? Rambut dia yang warna coklat tu... acah nak jadi macam omputih," Bersungguh Senah menerangkan sambil sekeping biskut kering ada di tangan. "Kau tengok anak aku si Atiqah tu. Dia pakai sopan aje. Aurat dia jaga. Rambut pun elok je hitam. Tengok Mak dia lah!"

Tipah dan Limah angguk tanda setuju dan sokong dengan pernyataan Senah. Tak terdetik di kepala mereka nak bertanyakan pada Senah, "Habis, kenapa anak kau masih single?"

Sebelum tengah hari, Tipah dan Limah balik ke rumah masing-masing. Suami dan anak masing-masing perlu dikasi makan.

xxx

Jarum jam tepat menunjukkan jam 9 malam. Atiqah masih tak pulang ke rumah tapi Senah tak risau, anaknya pandai jaga diri. Dah lama tak berjumpa dengan kawan-kawan agaknya, desis hatinya lalu diberi peluang untuk balik lewat sedikit. Dia tak ada masalah dengan hal itu. kalau suaminya, Md Hanafi, dia tak tahu pula. Mungkin lelaki tua itu tak kisah dan sekarang sedang berasmara dengan isteri keduanya. Dia juga tak ada masalah dengan hal itu. Janji syurga, katanya tanpa diketahui yang sebenarnya kalau diikutkan, Md Hanafi mahu sahaja menceraikan Senah tapi malas nak bergaduh. Takut nanti dicanang ceritanya sebagai suami tak berguna pada orang-orang kampung. Mulut atas sahaja yang bising sedangkan mulut bawah longgar. Orang tua itu tak mahu yang longgar-longgar. Dia mahu yang ketat-ketat sahaja.

Kau nak balik pukul berapa angah?

Senah menghantar mesej pada anaknya. Jam 9.20 malam. Dia kemudiannya menuju ke bilik Atiqah usai selesai lipatkan baju yang kering di ampaian petang tadi. 

Pintu dibuka. Maha suci Tuhan, ucap Senah. Bilik anaknya bersepah. "Teruja sampai tahap babun pun janganlah sampai lupa nak kemaskan bilik!" Bebel Senah. Geram. Dia kemaskan juga bilik anaknya. Katil jadi kawasan pertama untuk dia jajah dan kemas. Selimut yang tak dilipat, dilipatnya. Cadar katil yang kedut dia cuba tegangkan. Bantal pula dia mahu sarungkan dengan sarung bantal yang baru. Bantal diangkat, Senah terperanjat.

"Apa benda ni?!" Ternganga mulut Senah melihat objek berwarna merah jambu di katil anaknya itu. Ia kelihatan seperti penis dan saiznya agak besar. Senah tak tahu yang benda besar warna merah jambu dan berbentuk seperti genitalia lelaki itu dipanggil dildo. Diusiknya dildo merah jambu itu. Dia rasa jijik tapi pada masa yang sama kagum juga memegang benda itu sampai tak sedar yang dia tertekan suiz 'ON'. 

Dildo bergetar di tangan Senah. "Apa aku nak buat ni?" Katanya sedikit takut. Gigi Senah bergetar pada frekuensi yang sama dengan alat yang Atiqah guna untuk lepaskan syahwatnya. Binggung. Dia campakkan semula dildo merah jambu itu di katil anaknya.

Telefon dicapai. Whatsapp dibuka. Senah mahu Atiqah terangkan apa yang dia buat dengan zakar merah jambu yang ditemui di biliknya itu. Senah menaip lambat kerana rasa terkejutnya masih belum pudar. Atiqah sedang online. Mesej pada 9.20 malam tadi bertukar ke blue tick. Atiqah sedang menaip.

Tolong Tiqah mak. Tiqah kena tangkap basah dengan kawan Tiqah dekat hotel. Dia lelaki Afrika. Dia setuju nak kahwin dengan Tiqah. Maafkan Tiqah mak.

Dua tiga kali Senah baca sebab tak percaya dengan apa yang berlaku sekarang. Dia cubit pehanya perlahan. Ini bukan mimpi. Senah tak terkata, hatinya remuk. Macam mana aku nak hadap orang kampung nanti? Dia terduduk di lantai, lemah. Runsing dan rasa serabut bercampur. Panas. Dildo merah jambu milik Atiqah pula dari tadi tak diam-diam. Bergetar saja.

"DIAM SIAL!" Senah mengamuk. 

TAMAT

Ulasan

Catatan Popular