Ada Apa Dengan MANUSIA? Sebuah Review Novel MANUSIA karya Regina Ibrahim dan Fahmi Mustaffa.

(Telah dikemaskini pada Ogos 2021)

    Hai, ini adalah entri kelapan bagi blog ini (maknanya tinggal lagi empat entri perlu aku sediakan untuk penuhi keperluan tugasan aku). Entri kali ini perihal review novel dan kali ni aku berminat untuk berkongsi tentang sebuah novel yang aku baru beli dan habis baca. Novel yang aku maksudkan adalah MANUSIA karya dua insan yang bagi aku hebat dalam dunia penulisan iaitu Mama Regina Ibrahim dan Fahmi Mustaffa. Gembira tak terkata diri ni bila berjaya dapatkan senaskah novel yang ditulis dua individu yang aku gemar baca karya-karyanya. Aku beli novel MANUSIA, dan empat novel lain juga, di Kedai Fixi dalam aplikasi Shopee semasa jualan 12.12 yang lepas.

xxx

    "MANUSIA mempertemukan Sheila dengan Salma, seorang wanita pintar dan tabah. Bersama Salma, dia mula merungkai krisis keyakinan dirinya serta mula mempelajari apa maksudnya menjadi manusia dalam erti kata sebenar.

MANUSIA juga merupakan catatan perjalanan luar jasad seorang penulis selepas meneliti sebuah manuskrip lama yang ditemukan secara tidak sengaja. Sebuah perjalanan yang bakal mengajar beliau bahawa pengakhiran sebuah perjalanan itu tidak sepenting makna yang bakal ditemukan sepanjang melaluinya." 

- Spoiler di bahagian belakang novel.

xxx

    Buku ini punya dua bahagian, bahagian pertama ditulis oleh Mama Regina Ibrahim, yang penulisannya buat saya berasa senang kerana mudah untuk difahamkan dan bahagian kedua pula ditulis oleh Fahmi Mustaffa yang punya gaya penulisan yang sangat menarik.


Bahagian pertama

"Ada orang meletakkan sasaran tidak realistik pada diri sendiri. Bukannya mahu menghargai kelebihan sendiri, tetapi mengidolakan manusia lain yang sebenarnya tidak sempurna juga." - Regina Ibrahim, Bahagian I, MANUSIA (2019)

    Bahagian pertama berkisah tentang Sheila yang asalnya seorang yang kurang keyakinan diri lalu dipertemukan dengan salma, yang menjadi inspirasi buat Sheila. Bahagian pertama memaparkan sebuah cerita yang menarik dan secara kita sedar atau tidak, isu yang dikemukan dalam bahagian pertama sedang bermain-main dengan kehidupan masyarakat kita. Bahagian pertama novel ini membawa aku ke dunia Sheila dan Salma, dan sepanjang perjalanan Sheila dalam bahagian pertama ini berbincang akan hal-hal kemanusiaan dan kecantikkan. 


Bahagian kedua.

"Tugasmu bukanlah untuk memahami semua benda, tetapi untuk menerima kenyataan itu, bahawa tidak semua benda harus sifahami, dan datang bersama jawapan." - Fahmi Mustaffa; Bahagian II, MANUSIA (2019)

    Bahagian kedua ditulis oleh Fahmi Mustaffa pula seolah-olah menyelami jalan kehidupan dan pemikiran Fahmi Mustaffa sendiri. Walaupun begitu, watak Salma dan lain-lain yang muncul di Bahagian I juga hadir di Bahagian II dan ada yang mendatangi Fahmi Mustaffa. Bahagian kedua ini lebih membawa diri ke dunia antara realiti dan fiksyen.  


    Pandangan saya, MANUSIA adalah novel yang bagus. Penulisan dan jalan cerita yang disampaikan kedua-dua penulis amatlah menarik cuma ada part yang buat saya berasa berat untuk membacanya. Jangan risau. Part itu lebih kurang 2-3% sahaja dari kandungan novel ini. Saya amat recommendkan novel bagus ini kepada semua. Ada pengajaran yang terselit yang boleh kita ambil untuk jadi manusia yang baik. Kalau kamu berminat untuk membaca novel ini, boleh dapatkan buku ini di Shopee Shop Fixi atau pergi ke kedai buku yang berhampiran. 

Harapan aku moga penulis-penulis ini (Regina Ibrahim dan Fahmi Mustaffa) akan menghasilkan lebih banyak karya lagi di masa hadapan. Jumpa lagi di entri yang seterusnya.

Sekian.

Rate: 4.7/5.0






Ulasan

Catatan Popular