Salad Finger: Animasi pelik tapi bermakna dan mendalam?

Hai, semua. Ini adalah entri kedua blog ni. Kalau minggu lepas pembaca dihidangkan dengan sajak bahasa Inggeris yang aku tulis, kali  ni aku nak berkongsi tentang satu animasi yang bagi aku agak menarik. Nama animasi tu dah terang lagi bersuluh diberitahu dalam tajuk blog ni. Ya, Salad Fingers. 


Untuk pengetahuan korang, Animasi Salad Fingers ni dihasilkan oleh seorang animator bernama David Firth yang juga merupakan voice actor untuk animasi yang sama. Rasanya, semua animasi yang dia buat, hanya ada dia saja sebagai voice actor-nya. 



(Source: Tenor)


Salad Fingers berkisah tentang seekor makhluk - Aku tak pasti karakter utamanya seorang manusia atau makhluk lain. - yang pelik. Manakan tidak. Kulitnya warna hijau, ditambah dengan wajahnya yang creepy dan jari-jarinya pula panjang daripada manusia normal. Bukan dia seorang je, ada juga watak-watak lain yang sama creepy paras rupanya. Contohnya watak Aunty Bainbridge yang sama-sama tinggal dengan Salad Fingers dalam kawasan yang ganjil. 


Setelah khatam kesemua 11 episod Salad Fingers di Youtube, aku boleh katakan yang watak-watak dalam siri animasi ni mungkin termutasi. Aku tak pasti bagaimana boleh jadi sedemikian tapi aku mampu katakan ianya mungkin berpunca daripada bom nuklear. Sebabnya, kesan daripada bom nuklear boleh menyebabkan pemutasian - Macam yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki zaman dahulu. - tambahan lagi persekitaran latar tempatnya yang macam lepas kena bencana. Ada satu lagi reason aku katakan sedemikian adalah sebab sikap dan cara hidup watak utama dalam Salad Finger yang kadang-kadang seperti hidup dalam zaman peperangan. 


Jadi, apa perkara menarik dapat aku lihat dalam Salad Fingers ni? Apa yang aku dapat tahu dalam siri animasi yang ganjil - tapi bagi aku masih dalam tahap yang rendah. - ni? Salad Fingers telah menunjukkan contoh yang sempurna orang yang mengalami derita akibat kesepian pasca-apokaliptik setelah semua persekitarannya musnah akibat berlakunya peperangan. Apa yang kita lihat adalah kehidupan sehari-hari Salad Fingers - Yang bertindak sebagai surrealis dan punya jalan ceritanya yang agak twisted. - berjaya membuat aku kekadang merasa sangat tidak selesa. 


"Aku suka melihat air berwarna merah keluar..." - Salad Fingers


Korang akan dapat lihat yang watak utamanya terdorong untuk jadi seorang yang insane. Kita juga dapat melihat betapa kucar-kacirnya pemikiran watak utama tu, yang mana telah menyebabkan dia menderita. Melalui animasi ini, kesan daripada keterasingan dan kesepian terhadap fikiran seseorang dapat disaksikan. Penonton bakal memerhatikan pemikirannya, fikirannya dan perasaannya. Perlambangannya dapat dilihat dengan cara yang gelap. 


Aku tak pernah temui siri animasi seperti ini, ia benar-benar membuka minda terhadap dunia yang akan datang - Apa yang manusia (kita) lakukan di bumi - dan pada waktunya apa yang mampu kita buat untuk diri ketika dunia berjaya dimusnahkan oleh tangan-tangan kita sendiri. Orang yang menghargai seni, dan menghargai jalan cerita yang mendalam akan menikmati Salad Fingers: bertentangan dengan kepercayaan bahawa ianya adalah kartun dan kartun tidak masuk akal dan tak ada makna.


Sekian. Tamat entri dua.

Ulasan

Catatan Popular